Pembuka Kata !!“Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat."

Sunday, August 7, 2016

ombak

Desiran ombak sayup-sayup melombosi ketelinga,
gelap mata dilabuhkan mencari ilham,
cuba putarkan semula masa sambil dengar sayup suara di awan,
bintang menerangi alam semesta seperti kenangan yang menerangi hari-hari,
angin bayu malam menampar-nampar pipi ku, 
tenang sungguh tenang,
dilabuhkan mata cuba menghirup udara segar,
cuba utuk melupakan segala apa yang berlaku,
namun ia tetap menembusi kotak pemikiran,

perjalanan yang jauh kami gagahi dari garisan permulaan ke garisan penamat,
berdebar teruja kami rasakan,
detik-detik manis dilakarkan dalam ruang memori,
detik-detik pahit dicampak jauh ke dasar lautan yang membiru,
acapkali pahit itu yang memenuhi ruang emosi,
ia berjaya ditepis dengan detik manis yang indah,

mungkin ada yang berasa rimas dan janggal,
mungkin ada yang alpa dengan keasyikan dan keharmonian si pulau kecil, 
bahkan hampir dibuai indah dengan keramahan suasana,
namun segalanya menemui penamat,
waktu-waktu terakhir saat-saat terakhir, 
kami cuba menghabiskan masa-masa indah bersama,
rancak alunan suara tawa di pinggir pantai sambil disulami ajukan,
esok mungkin bakal menjadi memori terindah,
esok mungkin tidak dapat diulangi waktu, 
kenangan bakal menjadi kenangan.



31hb Julai- 3hb Ogos 2016
Pulau Perhentian Kecil,Terengganu
15 orang 

ikhlas: 
farah


No comments: