Sudut gelap

Dalam bilik kosong itu
segala nya putih dan kosong
kedengaran suara bergema
haruman wangi menusuk
cahaya memancar menerangi

tapi
di satu sudut
tercalit kehitaman
kotor berhabuk
haruman kini tenggelam
gelap dan hitam.

kerana sebuah peristiwa hitam
sudut bilik itu mulai hitam
kian membusuk
tercalit calar balar dan hancur
cahaya malap yang menerangi ruang itu

Kekecewaan kian membiak daripada sekecil hingga sebesar-besarnya
Kebencian mula menyelubungi daripada terang kepada kegelapan
Kepercayaan kian luntur daripada sebesar zarah kepada sekecil-kecil
Kekejaman mula menapak
Kepahitan mula dirasai

Campak, buang sejauh-jauhnya
Tapi ia kembali semula menemani
Terkadang terlalu letih
Terkadang mulai bosan
Kini, saatnya pikir tentang diri yg khilaf.

Comments

Popular posts from this blog

i want to share something..

akhirnya succces juga!!

Bintang, Permata dan Batu