2016

Ku campak kan pandangan jauh.
Ku mengelamun,
Di sudut bilik kecil itu
Aku merenung nasib
Apa kah pengakhirannya?

Aku manusia
Aku tiada kuasa
yang mampu meramal masa
dan keadaan
Aku hanya manusia
Aku bukan Tuhan

Manusia yang sibuk memikirkan perilaku manusia sekelilingnya,
Manusia yang sibuk merindui manusia sekelilingnya,
Manusia yang muak dan penat dgn keadaan manusia sekelilingnya,
Namun cuba untuk belajar berhenti mengharapkan
baik di balas baik
Mengharap ada lah jenayah paling besar,
dan kekecewaan adalah hukuman yang terbaik.

Terus pandang ke hadapan dan terus belajar daripada perkara lepas
Jangan pernah toleh ke belakang lagi
Jangan pernah mengharap benda baik di balas baik
dan belajar untuk keluar dari lobang gelap kekecewaan
dan terus majukan diri melonjak kehadapan
abaikan manusia yang membuatkan kau menangis kecewa
abaikan manusia yang telah membuat onar hidup kau
maaf kan mereka kerana kau juga turut manusia
Bertaubat dan sentiasa memohon ke ampunan kepada Nya
Aku hanya manusia
Aku bukan Tuhan

p/s: Binalah cinta ku tidak melebihi mencintaimu dan takut ku hnya untuk Mu. supaya aku tidak cinta dan takut selain Mu.




Comments

Popular posts from this blog

i want to share something..

akhirnya succces juga!!

Bintang, Permata dan Batu