Pembuka Kata !!“Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat."

Saturday, September 29, 2012

Resepi Kek Coklat Moist

Salam.. tak sangka ada permintaan atas resepi kek coklat moist yg Farah buat untuk jamuan #MerdekaRaya di sekolah hari tu.. boleh dikatakan resepi ni turun temurun jgk lah..

ilmu yg ada perlu dkongsikan.. kan??

Bahan-bahan untuk kek:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak mazola/jagung
  • 1 cawan susu manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan air panas
bahan bahan untuk toping
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • beberapa coklat masak
  • 1/2 cawan minyak mazola/jagung
  • 1/2 cawan susu manis
cara cara:
  1. ayak tepung, serbuk coklat dan baking powder. ayak sebanyak 3 kali untuk mndptkan tekstur yg lembut.
  2. sambil mengayak , pukul/putarkan 2 biji telur dan gula halus sehingga benar benar kembang.
  3. setelah kembang masuk kan 1 cawan minyak jagung dan 1 cawan susu manis.
  4. seterusnya masuk kan bahan bahan yg di ayak td.
  5. akhir sekali setelah sebati semua bahan , masukkan 1 cawan air panas. Putar lagi sehingga semua bahan sebati.
  6. bakar pada suhu 180 drjah selama 30 minit. jika still tidak masak tmbah lagi masa..
cara cara membuat toping: secara double-boiler
  1. letak 1 cawan air,1/2 cawan serbuk koko, bebrapa coklat masakan, susu manis,.
  2. gaul sehingga coklat benar benar sebati.
  3. angkat dah masukan minyak jagung.
  4. pastikan ianya dilakukan secara double boiler.
simple kan? ermmm im sure all of u can do it by urself. its really easy!! try yawww..

No comments: