Pembuka Kata !!“Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat."

Monday, December 5, 2011

Resepi : Kek Coklat Moist


Kek Coklat Moist
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula halus
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bicarbonat soda
  • 1 biji mentega (250 gm)
  • 4 biji telur
  • 2 cawan susu coklat (dalam kotak/ botol)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • topping -  coklat masak, 1 sudu mentega dan 1/2 cawan susu coklat
cara- cara
  1. campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, dan bicarbonat soda, ayak kesemua ni.
  2. pukul mentega dengan gula halus. Pukul smpai kembang kemudian masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
  3. masukkan pula susu coklat. Pukul sehingga sebati.
  4. bubuh esen vanila.
  5. masukkan tepung gandum, kacau adunan sehingga sebati.
  6. masukkan adunan kek ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.
  7. sebelum bakar, panas kan oven terlebih dahulu.
  8. bakar kek pada suhu 180 C selama 45 minit. jangan terlalu lama nanti kek x lembab.
  9. untuk topping : 
  • masukkan semua bahan topping kedalam periuk. masak secara double boiler
  • setelah cair masak di atas api yg perlahan - rasa dahulu sama ada topping tersebut manis atau tidak. jika kurang manis tambahkan gula sehingga rasa ok.
  • biar kan sejuk sedikit dan boleh di tuang di atas kek

No comments: