Pembuka Kata !!“Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat."

Friday, November 25, 2011

resepi: chips cookies

chip cookies


Bahan-bahan ( 30-40 biji )

  • 100g butter-suhu bilik
  • 50g gula halus
  • 50g gula perang
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 100g almond powder
  • 150g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 120g chocochips

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Masukkan kedua-dua jenis gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Pukul sehingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder dan juga almond powder. Kacau dengan spatula.
  4. Panaskan oven pada 180C
  5. Ceduk adunan dengan sudu kecil dan letak atas oven plate yg telah di alast dengan oven sheet.
  6. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 170 C
p/s: selamat mencuba!!!

No comments: